Kelmarin kami menerima panggilan daripada satu pihak.
Mereka menawarkan kami pakej iklan di media sosial Utusan Timur.
Caranya amat mudah, muat naik lima video yang dibekalkan setiap bulan.
Pakej pengiklanan ini selama tiga bulan. Setiap bulan mereka akan membayar amaun tertentu kepada Utusan Timur
Tawaran ini agak menarik untuk sebuah portal kecil yang hidup dengan dana sendiri dan sekali sekala mendapat iklan.
Namun kami terpaksa menolak tawaran tersebut kerana ia ada kaitan dengan Palestin.
Video-video tersebut adalah bersifat propaganda untuk meneutralkan boikot terhadap produk yang berkaitan produk Yahudi.
Kami diberitahu terdapat dua jenis video yang akan dibekalkan.
Pertama, kuliah ustaz-ustaz supaya hentikan boikot kerana yang akan terkesan adalah anak-anak Melayu Islam yang berkerja di syarikat terbabit.
Kedua, video mengenai pekerja-pekerja Melayu Islam yang mana syarikat mereka terjejas akibat boikot. Nasib mereka yang mungkin akan diberhentikan.
Kedua-dua video ini adalah untuk meraih simpati dan memulihkan kembali perniagaan puak-puak ‘Yahudi’.
Justeru, jangan terkejut jika pada bila-bila masa mungkin esok atau minggu depan atau sudah pun bertebaran ustaz viral membaca hadis atau ayat al-Quran supaya tidak teruskan boikot kerana kesiankan anak-anak muda Melayu.
Dan kami juga tidak terkejut jika ada pihak yang menulis panjang lebar seolah-olah boikot Malaysia tidak memberi sebarang kesan kepada McDonald atau mana-mana syarikat.
Sebenarnya syarikat-syarikat Yahudi ini amat terkesan dengan boikot rakyat Malaysia.
Dikhabarkan mereka seolah-olah berpakat mewujudkan satu gabungan untuk merancang strategi dan memperuntukkan dana yang amat besar bagi memastikan boikot ini tidak berjaya.
Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang disebarkan dalam media sosial oleh kumpulan ini.
Hakikatnya syarikat-syarikat ini telah pun berbilion-bilion ringgit hasil duit umat Islam.
Kena boikot sikit terus nak berhentikan pekerja. Syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan Yahudi ini tidak pernah pun memberi kembali kepada kita.
Kepada anak-anak muda jangan gentar kalau diberhentikan kerja okeh syarikat Yahudi ini.
Rezeki Allah luas.
Dan kenapa tidak mengikut jejak langkah Union Workers Starbuck yang mengambil tindakan mengecam majikan mereka kerana menyokong Zionis.
Apakah kita sanggup untuk terus melihat orang Islam dan anak-anak kecil terus disembelih oleh Israel.
Menurut statistik terkini setiap 10 minit seorang kanak-kanak Palestin dibunuh Gaza sepanjang sebulan askar penjajah menyerang Gaza.
Teruskan boikot. Tidak mati kalau tidak makan McDonald atau tidak minum Starbuck.
Inilah usaha kecil kita untuk solidariti bersama Palestin kerana kita tidak mampu mengangkat senjata di Gaza.