KUALA LUMPUR: Jenama pakaian kucing, DD Cat mengambil pendekatan cukup unik dengan memperkenallan koleksi baju raya kepada haiwan peliharaan tersebut menjelang sambutan Raya Aidilfitri tahun ini.
Terdapat enam warna membabitkan koleksi baju berkenaan iaitu Maroon; Mustard; Purple; Emerald Green; Baby Blue dan Shocking Pink dengan melibatkan fesyen seperti Baju Melayu Simba, Kurta Muezza, Baju Kurung Bella dan Baju Kebaya Luna melibatkan 20,000 unit.
Majlis pelancaran koleksi Baju Raya DD Cat yang berkolaborasi dengan selebriti terkenal, Anna Jobling itu berlangsung di Coo&RIKU Lalaport Pet Shop di sini hari ini.
Anna memberitahu, sambutan hari raya boleh jadi lebih menarik apabila kucing-kucing kesayangan ini mengenakan pakaian sedondon.
“Bagi saya sendiri, saya menganggap kucing-kucing saya bukan sekadar haiwan peliharaan semata-mata tetapi mereka adalah sebahagian daripada keluarga saya.
“Justeru, menyambut Syawal bukan sahaja saya yang mahu kelihatan cantik tetapi saya mahu kucing-kucing saya juga kelihatan cantik dan bergaya pagi raya,” katanyaz
Untuk semua koleksi ini, DD Cat menggunakan fabrik berkualiti tinggi termasuk songket bunga penuh dan seni halus batik selain menjamin keselesaan kucing kesayangan anda dengan harga ditawarkan pula bermula dengan harga RM39 untuk Kurta Muezza dan selebihnya berharga RM49.
Koleksi sulung DD Cat itu boleh didapati melalui pembelian dalam talian bermula 16 Mac dan sebarang maklumat lanjut mengenai produk DD CAT boleh diperoleh di @ddcathq di laman Instagram, Tiktok, Facebook dan Shopee.