Jerteh Town Fc sasar sertai Liga M 2025

 

BESUT – Pasukan bola sepak yang berpangkalan di bandar ini, Jerteh Town FC (JTFC) berhasrat untuk melebarkan sayap menyertai Liga Malaysia pada tahun 2025.

Biarpun baru ditubuhkan sejak tiga tahun lalu, pasukan tersebut menumpukan usaha membangun bakat sendiri melalui akademinya sendiri.

Kebanyakkan pemain JTFC berusia di antara 14 sehingga 20 tahun.

Presiden JTFC, Ibrahim Che Kar berkata, pasukannya kini menyertai beberapa siri liga di peringkat daerah dan negeri.

“Perlawanan persahabatan bukan mencari kemenangan tetapi mencari keserasian pemain dan taktikal yang diberikan oleh jurulatih (Coach Hazman dan Coach Hafiz).

“Kami akan menyertai Besut Football League (BFL) dan Terengganu Football League (TFL) pada tahun ini,” katanya kepada Utusan Timur.

Ibrahim berkata, sebanyak empat buah syarikat menaja pasukan tersebut sejak penubuhannya iaitu Fni Properties, Pta First Sdn Bhd , Azm Group Sdn Bhd & Kerepok Lekor Cap Aye Sdn Bhd.

“Insya Allah, tahun ini Jerteh Town Fc menerima suntikan daripada syarikat air minuman bertenaga iaitu Carabao sebagai minuman rasmi pasukan.

“Kami juga membuka mana-mana syarikat yang ingin berkerjasama dengan kami untuk tahun 2023,” katanya.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *