SHAH ALAM: Kesemua tujuh pertuduhan dihadapi Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipindah dan didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Terdahulu Muhyiddin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan ketujuh dan memohon dibicarakan.
“Pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Kuala Lumpur dan akan ditetapkan tarikh untuk perbicaraan,” katanya ketika ditemui media.
Terdahulu Muhyiddin tiba di kompleks berkenaan dengan ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kira-kira jam 8.20 pagi.
Turut dilihat hadir memberi sokongan beberapa pimpinan parti antaranya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Setakat ini, penyokong yang hadir tidak dibenarkan memasuki Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan hanya dibenarkan berkumpul di hadapan pagar.
Kredit: Berita Harian