Kuala Berang: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui berhampiran tongkang mesin penyedut pasir, di Sungai Terengganu berhampiran Kampung Gaung, dekat sini, jam 10.05 semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, mayat lelaki warga negara tidak dikenal pasti itu terapung di kawasan tongkang mesin sedut pasir.
“Mayat dalam keadaan reput itu dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, mayat dalam keadaan lengkap berpakaian dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan setakat ini.
Katanya, pemeriksaan luaran tidak menemui sebarang kesan kecederaan dan mayat dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran.
Kredit : Metro