Noraini pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO

 

KOTA BHARU: Kemunculan semula Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bagi mengetuai Wanita UMNO tidak berjaya apabila beliau tewas kepada Datuk Dr. Noraini Ahmad dalam pemilihan parti itu.

Noraini berjaya mempertahankan jawatan itu berdasarkan keputusan tidak rasmi, Ahli Parlimen Parit Sulong itu memperoleh 106 undi daripada proses pengundian melibatkan 191 bahagian seluruh negara.

Perebutan jawatan Ketua Wanita dalam Pemilihan UMNO itu menjadi tumpuan apabila menyaksikan dua tokoh wanita antara Shahrizat dan Noraini yang masing-masing pernah menyandang jawatan itu sebelum ini.

Noraini sebelum ini dicabar Shahrizat yang membuat kemunculan semula setelah melepaskan jawatan itu pada 2018.

Shahrizat, 70, yang mengumumkan bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO ketika itu, memutuskan untuk kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat permintaan daripada kalangan pemimpin akar umbi Wanita.

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *