Pemilihan Umno: Shahrizat kejar rapat Noraini

Penyandang kerusi Ketua Wanita, Noraini Ahmad mendahului dengan majoriti tipis dengan memperoleh 14 undi setakat ini.

Sementara itu, pencabarnya Shahrizat Jalil yang pernah menerajui Wanita Umno memperoleh 12 undi berdasarkan keputusan yang disiarkan parti itu.

Bagi saingan merebut ketua Puterui Umno, Nurul Amal Mohd Fauzi setakat ini mendahului pencabar yang lain.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang disiarkan Umno, Nurul Amar memperoleh 20 undi sehingga jam 6 petang ini.

Nurul Amal dicabar Dira Abu Zahar yang sehingga kini memperoleh 11 undi.

Perebutan jawatan ketua Puteri yang ditinggalkan Zahid Zarikh Khan menyaksikan pertembungan enam penjuru.

Selain Nurul Amal dan Dira Lima lagi calon turut merebut jawatan berkenaan iaitu, Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai, Dr Masliha Harun; Setiausaha Puteri Umno, Nurul Hazwani Haslan, Exco Puteri Umno, Fadhwa Anuar dan Ketua Puteri Umno Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin.

Anak kepada ahli Parlimen Bersatu, Ikmal Hisham Abdul Aziz iaitu Ikmal Hazlan mendahului saingan merebut jawatan naib ketua Pemuda Umno.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diberikan sumber Umno, Ikmal Hazlan sehingga kini mendahului dengan 57 undi.

 

Kredit: Malaysia Kini

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *