KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Akmal Salleh memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang baharu dalam pemilihan parti itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh penyandang Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berdasarkan keputusan tidak rasmi menerusi satu hantaran Facebook dimuatnaik sebentar.
Alhamdulillah, keputusan tidak rasmi Dr Akmal Saleh berjaya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO untuk Sesi 2023-2026.
“Setakat ini undi yang diperolehi 102 Bahagian, melepasi 96 undi untuk majoriti mudah daripada keseluruhan 191 Bahagian. Tahniah!,” katanya.
Dalam hantaran itu, Asyraf Wajdi mendakwa Dr. Akmal meraih 105 undi manakala dua lagi pencabar iaitu Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Armand Azha Abu Hanifah masing-masing 15 dah enam undi.
Bagaimanapun keputusan rasmi dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) menunjukkan Dr. Akmal setakat kini memperoleh 36 undi.
Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, seramai tujuh calon menawarkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (12), Ketua (empat), Naib Ketua (empat) dan 113 jawatan Exco.