RAMAI menyambut baik kempen menu Rahmah iaitu hidangan makanan berharga RM5 yang sememangnya amat baik
meringankan beban rakyat khususnya dalam kalangam golongan B40.
Ia merupakan salah inisiatif kerajaan untuk menangani masalah kenaikan kos sara hidup rakyat yang semakin meruncing.
Namun sebenarnya, insiatif seperti itu bukan perkara baharu tetapi telah dilaksanakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2011 yang ketika itu memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK).
Program yang banyak membantu rakyat itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu.
Apa yang berbeza, program Menu Rakyat 1 Malaysia itu menyediakan sarapan pagi dengan harga RM2 dan makan tengah hari pada harga serendah RM4 manakala Menu Rahmah diberikan untuk makan tengahari dan malam.
Usaha tersebut dilihat baik namun kerajaan perlu mempunyai perancangan yang lebih besar dan bersifat jangka masa panjang.
Dalam soal kenaikan kos sara hidup pasti ianya melibatkan pelbagai golongan.
Menu Rahmah bukan penyelesaian tuntas tetapi ianya permulaan yang baik dengan melaksanakan kembali idea asal yang telah dilaksanakan sebelum ini oleh Ismail Sabri
Ternyata pendekatan kerajaan terdahulu merupakan satu pendekatan yang berkesan dan masih releven untuk dilaksanakan walau dahulunya pembangkang membuat pelbagai tohmahan dan sindiran sinis kepada program itu.