Terengganu FC ‘copy’ jersi terburuk AC Milan?

PETALING JAYA – Jersi pasukan bola sepak merupakan salah satu kekuatan dan keperibadian sesebuah kelab ketika perlawanan sukan nombor satu itu diadakan.

Malah, jika jersi itu menarik dan cantik, maka jualannya juga boleh menjadi pendapatan untuk menampung perbelanjaan kelab-kelab terlibat.

Terbaharu, satu laman media sosial bola sepak terkenal, Footy Headlines telah menyindir salah satu kelab bola sepak tempatan iaitu Terengganu FC.

Laman tersebut memperkatakan tentang jersi yang digunakan pasukan Terengganu FC bagi musim ini adalah disalin daripada kelab terkemuka Itali, AC Milan.

Bukan itu sahaja, jelas laman tersebut lagi, jersi yang disalin itu merupakan jersi paling teruk yang pernah kelab AC Milan miliki selama ini yang digunakan pada musim perlawanan tahun lalu.

“Kelab dari Malaysia menyalin semula jersi ‘paling teruk’ yang pernah dimiliki AC Milan,” tulisnya.

Namun, lain pula pendapat oleh peminat-peminat bola sepak tempatan apabila menyatakan jersi AC Milan ternyata teruk manakala jersi yang digunakan Terengganu adalah lebih elok.

“Buruk di mata AC Milan, cantik di mata Terengganu, itu pendapat aku,” kata Faizal Nazreen.

“Lain, cuma yang sama ada warna separuh sahaja, bagi aku jersi Terengganu lawa kena dengan warna,” kata Zulhisam Fauzi.

 

Kredit : Kosmo!

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *