Ismail Sabri kesal tindakan Sweden benarkan Rasmus Paludan bakar al-Quran

 

KOTA BHARU : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan Sweden
yang membenarkan seorang ahli politik pelampau kanan, Rasmus Paludan membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm baru-baru ini.

Katanya, tindakan tersebut telah mengguris serta membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Tegas Ahli Parlimen Bera itu, Sweden sepatutnya sedar mereka tidak hidup bersendirian di dunia ini malah mempunyai negara sahabat berpenduduk Islam.

“Kebebasan bersuara dan hak asasi manusia bukanlah alasan untuk menghalalkan perbuatan ini kerana ia jelas bertentangan dengan nilai mana-mana agama sekalipun.

“Kerajaan Sweden harus memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan bukan hanya menzahirkan rasa simpati melalui media sosial.

“Kebebasan bersuara seharusnya dilaksanakan dengan cara yang bertanggungjawab melalui dialog dan toleransi,” katanya di sini hari ini.

Rasmus Paludan, ketua parti sayap kanan Denmark Stram Kurs dilaporkan mendapat kebenaran untuk membakar al-Quran pada Sabtu lalu di luar Kedutaan Turki di Stockholm yang mencetuskan kemarahan dunia Islam.

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *