Lima negeri diramal hujan hingga Rabu

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.05 tengah malam tadi, MetMalaysia meramalkan hujan berterusan di Terengganu iaitu di Dungun dan Kemaman serta di Pahang, membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Selain itu, MetMalaysia turut menjangkakan keadaan cuaca sama di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Hujan berterusan juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta di Sabah (Tambunan, Pantai Barat, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat).

 

Kredit : Bernama

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *