KANGAR: Kerajaan akan mencari langkah lain bagi membantu rakyat yang terkesan dalam kewangan berbanding memberi kelulusan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan tentang keperluan mendesak bagi pengeluaran wang tersebut dan dalam masa sama memikirkan tentang masa depan pencarum.
Katanya, menerusi semakan yang dilakukan, pihaknya mendapati jumlah baki dimiliki pencarum adalah sangat kecil bagi pengeluaran itu.
“Saya bimbang tentang masa depan mereka, jadi lebih baik kerajaan cari jalan lain bagi membantu mereka (pencarum),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Perlis di Dewan 2020 hari ini.
Terdahulu, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) meminta kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan bagi pengeluaran wang caruman KWSP sebanyak RM30,000.
Presidennya, Khairul Anuar Othman dilaporkan berkata, pengeluaran secara one-off antara RM10,000 hingga RM30,000 itu adalah sebagai penyelesaian jangka pendek dan panjang supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai.
Untuk rekod, kerajaan terdahulu meluluskan pengeluaran wang KWSP menerusi inisiatif i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra yang diperkenalkan berikutan pandemik Covid-19.
-Habis-
Berkenaan isu Pengeluaran Wang KWSP 2.0 ❓❓
Seperti termaklum..
Pengeluaran 2.0, adalah lebih kepada..
Bersasar..serta pencarum yg umur..dlm lingkungan..
48 – 50 ( Diberhentikan kerja.. semasa COVID19, ada antara mereka..
Telah 20 tahun atau sewaktu dgn .nya,
Bekerja ,
Kini Tidak dapat meneruskan.. kerja..
Pilihan syarikat..kpd Org muda,
Tidak ada syarikat nak beri kerja Kerna , jimat kos dan mcm mcm lagi,
Pokok nya..
Pemohon 2.0 yg terus..sengsara..
Hanya Pengeluaran BERSASAR 2.0,
Sekurang kurangnya.. dapat memberi harapan..pada pencarum..ini,
Terlalu tragis..jika hendak.. bercerita,
Harapan..
YAB PM yg Dikasihi,
DSAI akn membantu dan meluluskan..
Ihsan..serta di prihatin terhadap.. rintihan..
Pencarum am nya.