Kronologi pembentukan kerajaan Perpaduan

 

20 Nov : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi yang menyaksikan tiada satu pun daripada gabungan parti utama di negara ini dapat membentuk kerajaan secara sendiri.

20 Nov: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Pakatan Harapan (PH) yang diketuainya, mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas mencapai persetujuan dan persefahaman dengan beberapa pihak.

21 Nov: Perikatan Nasional (PN) memaklumkan sudah menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas mendakwa  memperoleh sokongan 112 ahli Parlimen.

22 Nov: Yang di-Pertuan Agong menitahkan ketua parti-parti politik dan gabungan parti politik yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak maklumkan kepada Istana Negara bagi pembentukan kerajaan baharu.

22 Nov: Seri Paduka mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas kedua-duanya gagal menerima sokongan majoriti mudah 112 Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

22 Nov: Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya Perikatan Nasional (PN) dan PH membentuk kerajaan perpaduan. Namun, Muhyiddin memaklumkan kepada Baginda yang pihaknya tidak mahu bekerjasama dengan PH.

23 Nov: Seri Paduka menitahkan supaya 30 Ahli Parlimen BN menghadap namun mesyuarat Dewan Tertinggi BN memutuskan memohon penangguhan kedua daripada Istana Negara untuk sesi menghadap semua Ahli Parlimen berkenaan.

24 Nov:  Perbincangan khas Raja-Raja Melayu sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong merungkai kemelut pembentukan kerajaan baharu.

24 Nov: UMNO memutuskan untuk menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan dipimpin PN sebagai menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

24 Nov: Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas keputusan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.

24 Nov : Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *