PN kekal jadi pihak semak dan imbang

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan berperanan sebagai semak dan imbang dalam Parlimen dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen.

Menjelaskan perkara itu, Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

Muhyiddin dalam kenyataan dalam Facebook turut merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

“Dengan Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan, Perikatan Nasional akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen.

PN memiliki 73 kerusi Parlimen dan menjadi parti pembangkang berikutan menolak pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan.

Terdahulu, Anwar juga mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara.

Perdana Menteri itu turut menerima ucapan tahniah daripada pemimpin-pemimpin besar dunia.

Kredit: Utusan

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *