UMNO sokong kerajaan perpaduan tetapi bukan diketuai oleh PN

KUALA LUMPUR: UMNO menyokong Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan perpaduan bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil, tetapi bukannya diterajui oleh Parikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu dicapai sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang bermesyuarat lewat malam ini dan keputusan dibuat selepas memperhalusi butiran perbincangan yang dijalankan Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan..

Pemimpin BN pada Isnin mengadakan pertemuan dengan pimpinan PH, dan dengan gabungan PN semalam.

“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mesyuarat itu berlangsung lebih empat jam di Menara Dato Onn.

Pemimpin BN pada Isnin mengadakan pertemuan dengan pimpinan PH, dan dengan gabungan PN semalam.

Ahmad berkata, semua wakil Umno yang memenangi kerusi Parlimen akan mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, Pengerusi PN mengisytiharkan ia menolak cadangan Seri Paduka yang mencadangkan PN bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan.

Dalam kenyataan itu juga menyebut MT menyokong Zahid sebagai Presiden UMNO dan menerajui BN sebagai pengerusi.

Perkembangan ini menyusuli undi tidak percaya terhadap Zahid sebagai pengerusi BN oleh presiden MCA, MIC, dan timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Di sebalik desakan dalam UMNO sendiri, MT mengumumkan ia sebulat suara menyokong Zahid sebagai presiden.

 Kredit: Utusan

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *