[SIDANG DUN] Ladang musang king dibuka di Gua Musang seluas 510 hektar

KOTA BHARU: Projek penanaman durian musang king di Gua Musang yang memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dijalankan di kawasan ladang seluas 510 hektar di daerah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Saripuddin Tuan Ismail berkata, kesemua tanaman durian itu diusahakan oleh usahawan tempatan secara berskala besar dan sederhana.

Menurutnya, ia membabitkan dua kawasan di Lojing dengan keluasan 250 hektar yang diusahakan oleh Syarikat Sindiyan dan 120 hektar oleh Syarikat M7.

“Kawasan lain di Gua Musang diusahakan secara sederhana membabitkan kawasan seluas 50 hektar di Chiku, 30 hektar (Bertam), lima hektar (Renok) dan 55 hektar (sekitar Gua Musang).

“Pembukaan ladang ini memberi ruang dan peluang pekerjaan kepada penduduk khususnya dalam pengurusan, pembersihan, pembahagian dan tuaian hasil durian,” katanya ketika menjawab soalan Mohd. Syahbuddin Hashim (BN- Galas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Ujarnya, penduduk di Gua Musang menerima manfaat dan peluang pekerjaan sama ada sepenuh masa atau secara sambilan hasil daripada projek tanaman musang king itu.

 

Kredit : Utusan

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *