Kekal tenang, kita masih di hadapan – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mendakwa masih dapat membentuk kerajaan meskipun  kemelut itu sudah memasuki hari kelima.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, gabungannya kini bagaimanapun tetap berusaha untuk merealisasikan perkara itu.

“Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan.

“Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, kerajaan baharu masih gagal dibentuk walaupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selesai Sabtu lalu ekoran tiada parti yang mendapat undi majoriti mudah 112 bagi membentuk kerajaan.

Sementara itu, satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja diadakan hari ini bagi membincangkan pelantikan Perdana Menteri Ke-10.

Perbincangan khas itu bertujuan untuk Seri Paduka mendapat pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Kredit : Utusan

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *