Rundingan dengan PH, PN selesai, MT UMNO, BN akan tentukan keputusan

 

KUALA LUMPUR : Rundingan Barisan Nasional (BN) sama ada memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan melalui keputusan Majlis Tertinggi BN.

Sebuah jawatankuasa terdiri daripada tujuh perunding diketua Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Mohamad Hasan; Datuk Seri Dr. Zamri Kadir; Datuk Seri Wee Ka Siong; Datuk Seri M. Saravanan; Datuk Arthur Joseph Kurup dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber, rundingan dengan kedua-kedua gabungan tersebut sudah selesai dan malam ini perkara itu akan dibawa oleh Mohamad ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi mendapatkan pandangan.

“Esok pagi, ia akan bawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi BN dan selepas itu barulah akan dibentangkan kepada 30 Ahli Parlimen BN.

“Perunding-perunding yang dilantik ini tidak boeh buat keputusan. Semua akan ditentukan oleh MT UMNO dan MT BN,” kata sumber itu.

Dalam pada itu, ketika rundingan dengan PH, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO tidak dilibatkan.

Manakala rundingan dengan PN yang berlangsung hari ini, tidak dihadiri Ahmad Zahid yang dikhabarkan demam.

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *