Keputusan mohon penangguhan menghadap Agong diketahui esok – Hishammuddin

 

KUALA LUMPUR,  — Barisan Nasional (BN) akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan esok.

“Bukan amalan kita bercerita pada khalayak. Sama ada (nak) mohon penangguhan (menghadap) atau tidak, anda akan tahu esok,” kata Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, malam ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan yang mengesahkan perkara itu berkata BN masih mengekalkan keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“Kita harap (sesi menghadap esok) boleh ditangguhkan…tak tahu boleh ke tidak. Kita bukan nak tubuh kerajaan, tapi nak nyatakan pendirian sahaja (ketika menghadap),” katanya.

Al-Sultan Abdullah hari ini menitahkan 30 Ahli Parlimen BN  menghadap Seri Paduka di Istana Negara secara individu pada jam 10.30 pagi esok.

Kredit: Bernama

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *