Malaysia masih di bawah ‘kerajaan sementara’ – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinannya kekal sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker government’, dan begitu juga Kabinetnya yang kekal sebagai ‘caretaker Cabinet’.

“Jadi rakyat jangan keliru, seolah-olah sekarang ini tidak ada kerajaan, kerajaan lama masih kekal sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker goverment.’

“Malah Kabinet yang lepas pun masih berfungsi sebagai ‘caretaker Cabinet’ kecuali mereka yang tidak bertanding ataupun kalah dalam pilihan raya, mereka mungkin tak boleh menjawat jawatan menteri seperti dahulu sebab dia bukan ahli parlimen lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata satu sesi sidang khas parlimen akan diadakan bagi membentangkan bajet khas untuk membayar gaji penjawat awam sebelum 31 Disember, jika masih tiada kerajaan dibentuk dalam masa terdekat.

Sehubungan itu katanya penjawat awam tidak perlu bimbang, gaji mereka tetap akan dibayar, sambil menjelaskan bahawa sesi sidang khas itu akan dilaksanakan secara ringkas tanpa ada sesi perbahasan.

“Ia perlu dibentang sebelum hujung Disember untuk bayaran gaji Januari. Ia akan dibentang dan dilulus sebulat suara,” katanya.

Kredit: Bernama

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *