Biar saya buat keputusan – Titah Seri Paduka

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat memberi masa untuk Seri Paduka membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri ke -10 dalam masa terdekat.

Seri Paduka bertitah supaya rakyat bersabar dan bersifat rasional selain perlu bergerak ke hadapan untuk negara tercinta.

Titah Al-Sultan Abdullah, rakyat perlu menerima segala keputusan yang dibuat oleh rakyat, wakil-wakil rakyat dan Yang di-Pertuan Agong.

“Itu sahaja, biar saya buat keputusan dalam masa terdekat ini,” titah Seri Paduka ketika bertanya khabar pengamal media di hadapan pintu 2, Istana Negara, hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka yang memandu sendiri kenderaan masuk semula ke Istana Negara selepas meninggalkan Istana pada pukul 12.07 tengah hari.

Seri Paduka turut bertitah tidak boleh mendedahkan kerana tidak menerima makluman terbaharu.

“Saya baru balik, nak tengok siapa ada majoriti, mudah-mudahan insya-Allah,” titah Al-Sultan Abdullah.

 

Kredit: Utusan

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *