Tolak kerjasama BN-PH, Hishammuddin sedia dipecat

PETALING JAYA: Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sedia dipecat oleh parti sekiranya gabungan itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini. No Anwar, No DAP.

“Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, spekulasi perbincangan kerjasama antara BN dan PH bagi membentuk kerajaan hangat diperkatakan selepas kedua-dua pimpinan tiba untuk pertemuan yang tidak dinyatakan di sebuah hotel di ibu negara.

Bagaimanapun, Hishammuddin yang menolak untuk bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO selepas BN tewas pada PRU14 dilaporkan tidak kelihatan dalam pertemuan berkenaan.

Semalam media melaporkan, kesemua 29 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kecuali Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid didakwa menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Sumber media melaporkan, SD tersebut dipercayai ditandatangani pada malam tadi dengan diuruskan oleh Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid dalam satu sidang media di ibu negara berkata, mana-mana Ahli Parlimen daripada BN yang menandatangani sebarang dokumen terutama SD untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah.

Beliau berkata, ini kerana tindakan itu melanggar Perlembagaan parti.

 

Kredit : Utusan

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *