PRU-15: Adakah Muhyiddin angkat sumpah 4 petang ini?

Alor Setar: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 pada 4 petang ini di Istana Negara selepas didakwa mempunyai majoriti gabungan parti dan sokongan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ketika ini, beliau difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 18 ahli Parlimen BN menyatakan kesediaan bersama PN dan menyokong Muhyiddin.

“Senarai nama individu terbabit akan melalui beberapa prosedur dan perlu dihantar ke Istana Negara sebelum 2 petang dan bakal disusuli dengan Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri pada 4 petang.

“Doakan supaya semua ini berjalan dengan sempurna seperti diharapkan untuk kita bawa negara ini menjadi prihatin, bersih dan stabil,” katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran PN Kedah di Kompleks Pas Kedah, di sini, malam tadi.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *