Kelantan belum bincang bubar DUN

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengesahkan tiada sebarang perbincangan berkait pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat oleh kerajaan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Amar berkata, hal ini kerana kerajaan mempunyai masa sehingga bulan Mei untuk berbuat demikian.

“Setakat ini, kita tidak membuat sebarang perbincangan mengenai perkara tersebut (pembubaran DUN),” katanya di sini hari ini.

Kelantan antara negeri yang membuat ketetapan untuk tidak membubarkan DUN secara serentak dengan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU).

Keputusan itu selari dengan ketetapan dibuat oleh pucuk pimpinan Pas untuk tidak membubarkan DUN Kedah dan Terengganu.

Pada masa yang sama, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) turut mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

Pada PRU15 lalu, Pas mencipta kejutan apabila menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di negeri ini.

Kredit : Utusan

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *