Ismail Sabri menghadap Agong

PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara kira-kira sebentar tadi.

Ahli Parlimen Bera itu kelihatan memasuki Istana Negara dengan diiringi kereta dan motosikal polis melalui pintu 1 kira-kira pukul 2.50 petang.

Beliau dipercayai menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung perkembangan politik semasa melibatkan pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kelmarin.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan tempoh pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia Ke-10 sehingga pukul 2 petang esok.

Titah perkenan Seri Paduka Baginda itu susulan permohonan daripada ketua parti-parti politik dan gabungan parti-parti politik yang telah diterima oleh pihak Istana Negara hari ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

“Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara atau “Caretaker Prime Minister” berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara (Caretaker Government),” katanya.

Kredit : Utusan

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *