Zahid Hamidi bagi ‘hint’ BN sedia bergabung dan ketepikan sentimen

Barisan Nasional (BN) menganggap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) merupakan suatu isyarat besar yang diberikan oleh rakyat kepada gabungan parti itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan PRU15.

“Namun begitu, BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah Kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, kami sedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini.

“BN sentiasa komited melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kami sedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini,” katanya.

Zahid berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas pendirian semasa BN selepas pernah tampil yakin mampu memenangi 114 kerusi dalam PRU15 dengan mudah.

“Dalam masa yang terdekat, BN akan memberi tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti kami terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” katanya.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *