PN sedia terima mana-mana parti bentuk kerajaan

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) sedia menerima mana-mana parti untuk membentuk kerajaan Pusat demi menjamin kestabilan negara.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mempunyai cukup jumlah untuk membentuk kerajaan melibatkan parti daripada Sabah dan Sarawak serta mana-mana parti yang menerima prinsip perjuangan mereka.

“Jika diberikan peluang bentuk kerajaan, tumpuan kami untuk melaksanakan tawaran PN Best seperti diumumkan pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya dalam sidang akhbar di Shah Alam.

Menurut beliau, PN kini memenangi 73 kerusi Parlimen termasuk 22 yang bertanding menggunakan logo Pas.

Kredit : Utusan

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *