Isnin tak cuti, ramai pulang ke ibu kota

PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama mula perlahan susulan orang ramai bergerak pulang ke destinasi masing-masing setelah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam.

Menurut laporan trafik Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di laman Twitter rasminya, trafik perlahan di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Barat Kuala Lumpur, 3km sebelum masuk Plaza Tol Karak.

Beralih pula ke aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pula, pertambahan kenderaan dapat dilihat arah Barat Kuala Lumpur bermula di persimpangan Karak ke Plaza Tol Bentong terus ke Lentang.

Menurutnya, kenderaan bergerak perlahan dari Bukit Tinggi ke Genting Sempah dan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) ke Plaza Tol Gombak.

Kredit : Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *