PM bersama pengundi lain beratur mengundi

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba kira-kira pukul 9.20 pagi untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong di sini hari ini.

Perdana Menteri dan isteri beramah mesra dengan pengundi di situ sebelum beratur bagi mengundi di saluran dua di sekolah itu.

“Saya nak beratur macam orang lain,” kata Ismail Sabri.

Perdana Menteri mempertahankan kerusi Parlimen Bera dalam pertandingan tiga penjuru dengan wakil Perikatan Nasional (PN), Datuk Asmawi Harun dan calon Pakatan Harapan (PH), Abas Awang.

Kredit : Utusan

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *