Lima tahun pelbagai manfaat untuk rakyat

BERA: Pelbagai perancangan memanfaatkan rakyat akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini dalam masa setahun empat bulan, kerajaan berjaya membawa rakyat keluar daripada pandemik Covid-19.

Katanya, pada masa itu, pihaknya mempunyai masa setahun empat bulan iaitu waktu amat singkat dan ketika beliau mengambil alih, isu terbesar adalah nyawa manusia.

“Kita berdepan 24,000 kes positif Covid-19, kita berdepan beratus kematian harian dan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital hampir lumpuh, jadi fokus kita peringkat awal isu Covid-19. Sektor ekonomi semua ditutup, kita nak buka semula.

“Kita berjaya turunkan Covid-19 sehingga semua sektor dibuka rakyat hidup seperti biasa tapi kita hanya ada satu tahun empat bulan,”
katanya selepas program ramah mesra bersama penduduk Bandar 32 di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, jika diberikan mandat pada PRU15 ini, beliau berjanji lebih banyak perancangan untuk rakyat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *