Jajaran baharu BN, PH tak mungkin berlaku

KUALA LUMPUR : Jajaran baharu Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak mungkin berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di dalam Perhimpunan Agung UMNO dan keputusan dalam Majlis Tertinggi (MT) jelas ‘No Anwar, No DAP, No PKR’.

Kata Naib Presiden UMNO itu, keputusan PAU tersebut adalah autoriti tertinggi.

“Kalau nak ‘reverse’ (patah balik) keputusan tersebut, bawalah balik ke MT, dan bawa balik ke mesyuarat agung luar biasa untuk putuskan sebaliknya.

“Selagi tidak ada keputusan seperti itu, maka keputusan yang ‘No Anwar, No DAP itu akan terus kekal.

“Dan saya percaya tidak ada sesiapa pun di kalangan UMNO, kepimpinan tertinggi mana sekalipun yang boleh mengubah keputusan MT dan boleh ubah keputusan PAU dengan cara bersendirian. Ia mesti diputuskan oleh parti,” katanya dalam Ruang Bicara Khas Kestabilan & Kemakmuran Bersama Perdana Menteri, malam tadi.

Sesetengah pihak sebelum ini memainkan naratif kemungkinan akan ada jajaran baharu pasca PRU-15 iaitu BN mungkin bergabung dengan PH.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *