Pelbagai manfaat dinikmati Keluarga Malaysia

HANYA dalam tempoh 14 bulan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuktikan kesungguhannya dalam membantu serta membela nasib rakyat pelbagai lapisan umur dan masyarakat selaras dengan aspirasi bersama Keluarga Malaysia.

Malah, Ismail Sabri juga berjaya memberi harapan baharu kepada rakyat selepas teruk terkesan berikutan pandemik Covid-19.

Bayangkan hanya dalam tempoh 14 bulan telah banyak perkara dilakukan demi manfaat rakyat dan negara dan jika rakyat terus memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) dalam PIlihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sudah pastinya lebih banyak manfaat yang akan dinikmati seluruh ahli Keluarga Malaysia.

Antara insiatif yang telah dinikmati adalah seperti peranti siswa Keluarga Malaysia yang memberi manfaat kepada lebih 600,000 mahasiswa B40 dengan peruntukkan RM450 juta.

Peranti siswa adalah sebuah insiatif di mana pelajar B40 dari IPT menerima tablet berjenama sekali gus bakal memudahkan pelajar untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Selain itu, kerajaan pimpinan Ismail Sabri juga melaksanakan diskaun pembayaran balik PTPTN iaitu pengurangan 20 peratus untuk penyelesaian baki hutang, pengurangan 15 peratus untuk penyelesaian separuh baki hutang, pengurangan 15 peratus untuk potongan gaji atau debit terus berjadual.

Diskaun berkenaan berkuat kuasa mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2023.

Selain itu, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang disalurkan sangat memberi kegembiraan kepada seluruh ahli Keluarga Malaysia yang membantu meringankan beban mereka.

Di bawah pentabdiran Ismail Sabri, kerajaan juga memperkenalkan skim jamina kredit perumahan selain program baucar perlindungan tenang iaitu bantuan kewangan untuk membeli produk perlindungan.

Golongan ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah juga dibantu apabila kerajaan melaksanakan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 dengan peruntukkan bernilai RM450 juta yang memanfaatkan tiga juta murid yang layak.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *