Lihat pencapaian 14 bulan ketuai kerajaan

 

BERA : Tindakan pembangkang yang mencerca Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri palonh singkat tidak diambil endah oleh calon Ahli Parlimen Bera itu yang telah membuktikan pencapaian sepanjang tempoh 14 bulan mengetuai kerajaan

Tegas Ismail Sabri, tempoh waktu bukan perkara utama sebaliknya apa yang mustahak ialah pencapaian kerajaan yang diterajui beliau sepanjang tempoh berkenaan.

Memetik laporan FMT, Ismail Sabri berkata, tempog masa pendek atau panjang bukanlah perkara penting dengan yang lebih utama pengisian sewaktu tempoh tersebut,” katanya.

“Tempoh masa pendek atau panjang itu tidak penting…Panjang tapi tidak melakukan apa-apa untuk kepentingan rakyat pun tidak ada makna,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, sejak
mengambil alih tampuk kerajaan pada Ogos tahun lalu dalam keadaan terlalu sukar beliau telah memberikan seluruh fokus dan tenaga untuk menangani wabak Covid yang masih mengganas, ekonomi amat teruk, dan politik tidak stabil.

“Tiga isu ini yang perlu saya fokus. Walaupun saya diberi jangka masa yang pendek tetapi perkara-perkara tersebut dapat diatasi. Covid-19 dapat diturunkan sehingga kita boleh buka semula sektor ekonomi.

“Manakala keadaan politik dapat distabilkan menerusi memorandum persefahaman kerjasama antara kerajaan pimpinan Ismail dengan Pakatan Harapan, yang pertama seumpamanya dalam sejarah negara.

“MoU itu membawa kepada beberapa penambahbaikan sistem demokrasi negara termasuk undang-undang anti-lompat parti dan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen

“Saya lihat perbalahan politik sia-sia sahaja kerana fokus yang patut diberikan oleh kerajaan adalah untuk menyelesaikan isu Covid-19, dan memulihkan ekonomi,” katanya.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *