Di bawah pentadbiran Ismail Sabri, KDNK terbaik di Asia Tenggara

BERA : Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah yang terbaik di Asia Tenggara semasa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada Jumaat lalu, Malaysia mengumumkan pertumbuhan KDNK 14.2 peratus untuk suku ketiga 2022.

Justeru, Ismail Sabri menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai prestasinya.

Dalam masa sama, beliau berharap orang ramai akan mengambil kira pentadbirannya adalah kerajaan campuran melibatkan pesaing Barisan Nasional (BN) seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditubuhkan pada 2016 untuk memusnahkan UMNO.

“Bukan senang nak urus kerajaan campuran, terutama yang terdiri daripada pesaing anda,” katanya katanya memetik laporang FMT.

Tambah Ismail Sabri, UMNO mahu pilihan raya umum diadakan selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tumbang, tetapi ia tidak dapat diadakan kerana Covid-19 mengganas.

“Bukan BN yang menyebabkan kerajaan PH tumbang, sebaliknya ia berlaku selepas Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bekerjasama dengan Pas, kumpulan dalam PKR diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan Ahli Parlimen UMNO, untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Mac 2020,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pentadbirannya menggunakan peluang itu untuk kepentingan rakyat, di sebalik kerumitan dan cabaran mengurus pakatan parti-parti yang bersaing.

Kata beliau, antaranya membelanjakan RM77.7 bilion untuk subsidi pada 2022, seganda perbelanjaan tahun lepas kerana kerajaan faham ramai yang masih bergelut walaupun ekonomi dibuka semula.

“Pentadbiran saya juga ambil langkah tegas mengawal harga barang. Permit import (AP) bahan makanan kita mansuh.

“Juga diwujudkan stok simpanan bahan makanan perlu. Kita peruntukan RM1.1 bilion untuk membantu penternak ayam kurangkan harga burung dan telur. Eksport ayam dilarang bagi tempoh tertentu agar bekalan untuk rakyat mencukupi,” katanya.

Bagi membantu isu rumah B40 dan M40, Ismail Sabri berkata, kerajaan membelanjakan RM8.2 bilion untuk Bantuan Keluarga Malaysia yang memberi manfaat kepada 9.6 juta rakyat, sejuta lebih ramai berbanding 2021.

“Kerajaan juga belanja RM2.3 bilion untuk bantuan mangsa bencana banjir besar, akhir tahun lepas,” katanya.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *