Seorang kanak-kanak lelaki sambut ulang tahun ke-11 kerana 11/11/11

LONDON – Seorang kanak-kanak lelaki menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11 pada 11 November lalu selepas dilahirkan pada tahun 2011, pukul 11.11 pagi, lapor akhbar Daily Star.

Kanak-kanak tersebut, Daniel Saunders dari Hertfordshire, England, kerap berkait rapat dengan nombor 11 sejak dilahirkan.

“Saya teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ini,” katanya.

Menurut Daniel, 11 merupakan nombor utama dalam bidang numerologi dan ia bermaksud, dia mempunyai potensi besar pada masa akan datang.

“Ia adalah nombor bertuah saya dan amat mudah untuk diingati. Tiada sesiapa akan terlupa hari lahir saya,” katanya.

Menurut ibu Daniel, Charlotte, anak lelakinya dijangka dilahirkan pada 17 November 2011 namun, dia diberitahu bahawa bayi dalam kandungannya berada dalam kedudukan tidak sepatutnya ketika itu.

Disebabkan doktor gagal mengubah kedudukan bayi (Daniel), Charlotte terpaksa menjalani pembedahan pada 11 November.

“Daniel sepatutnya dikeluarkan lebih awal namun, dia ketika itu tersekat di bawah rusuk saya yang menyebabkan doktor mengambil masa agak lama untuk mengeluarkannya.

“Ia adalah sesuatu yang hebat apabila dia dilahirkan dengan perkara berkaitan nombor 11. Ia adalah nombor bertuah saya sejak kecil dan kini saya berkongsi angka bertuah tersebut dengan Daniel,” kata Charlotte. – Agensi

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *