Polis buka kertas siasatan ke atas ibu dukung anak sambil buat ‘flying fox’

HULU SELANGOR – Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang anak kecil dibawa melakukan aktiviti ‘flying fox’ tanpa peralatan keselamatan lengkap di Kuala Kubu Bharu di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya terkesan dengan satu video wanita memegang anak ketika bermain ‘flying fox’ yang tular di media sosial.

Jelasnya, terdapat laporan polis diterimanya berhubung video yang tular itu.

“Hari ini, Balai Polis Kuala Kubu Bharu menerima laporan polis berhubung video tular wanita melakukan aktiviti lasak berbahaya (flying fox) sambil memegang anak kecil dengan mengabaikan keselamatan anak dan dirinya.

“Kami telah membuka kertas siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006 terhadap individu yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Suffian, beliau berharap orang ramai agar bertenang dan tidak gusar berhubung isu yang tular tersebut. – KOSMO! ONLINE

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *