Fitnah, bohong perkara biasa pembangkang, jentera BN kempen secara harmoni

 

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan fitnah dan
bohong itu adalah sebahagian budaya pembangkang terutama yang dicanang Pakatan Harapan (PH).

Beliau melihat budaya fitnah khususnya sepanjang tempoh kempen ini adalah perkara biasa terutama bagi blok pembangkang.

Justeru beliau mahu, akar umbi dan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak melakukan perkara sama.

“Kita mesti menjalankan kempen secara harmoni, tiada provokasi dan fitnah,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan peruntukan kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri mengingatkan jentera parti supaya memberi kefahaman kepada pengundi bahawa BN pasti akan membela nasib rakyat jika diberi mandat kelak.

Katanya, jentera parti BN perlu berkempen secara baik dan harmoni serta tidak memburukkan jentera lawan.

“Kita jual ‘produk’ kita dan jangan pula buruk-burukkan terlampau produk orang lain. Apa yang penting produk kita yang perlu kita jual. Jika rakyat terima produk kita, pasti mereka akan menyokong kita nanti,” katanya.

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *