Mahasiswa perlu pilih BN untuk bentuk sebuah kerajaan stabil

KOTA BHARU : Golongan mahasiswa perlu menggunakan mandat yang diberikan kepada mereka dengan sebaik-sebaiknya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan memilih calon Barisan Nasional (BN) bagi membentuk sebuah kerajaan stabil demi kemakmuran.

Seorang aktivis mahasiswa, Siti Jamila Syuhada Jailani, 22, berkata, sokongan golongan muda kepada BN kini dilihat semakin meningkat selepas ekoran keyakinan rakyat bahawa gabungan itu mampu membawa kestabilan dan kemakmuran buat negara pada masa hadapan.

Katanya, undi golongan muda merupakan penentu bagi masa depan negara yang lebih cerah dan disebabkan itu mereka perlu turun menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian nanti.

“Harapan saya mahasiswa dapat menggunakan mandat mereka dengan sebaiknya bagi memilih BN yang sememangnya menjanjikan kestabilan dan kemakmuran buat negara selepas PRU15,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi mahasiswa, Aiman Nadim Joehaimi, 23, berkata, BN cuba mengangkat suara mahasiswa apabila mengetengahkan calon muda untuk bertanding dalam PRU15.

Katanya, langkah BN itu juga mempamerkan persepsi bahawa parti itu sentiasa membawa prinsip yang bersih dalam perjuangan mereka.

“Sudah semestinya suara mahasiswa akan turut diangkat ke peringkat lebih tinggi memandangkan calon dipertaruhkan BN juga banyak daripada golongan muda yang memahami kehendak serta keperluan mereka,” katanya.

Foto : Bernama

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *