“Walau perbezaan ideologi parti kita hormat dan menghormati,” – Datuk Adi Putra

KUALA LUMPUR: Pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra, 41, sebelum ini dilaporkan akan turun padang membantu kempen Barisan Nasional (BN) di setiap negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Terbaharu, Adi Putra memuat naik sebuah hantaran mengenai Pilihan Raya Umum di laman media sosialnya.

Menerusi hantaran tersebut, Adi berpesan kepada semua pihak agar sentiasa mengamalkan politik matang dalam berkempen.

“Saya mendoakan pada semua yang berkempen secara berhemah dan matang.

“Walau perbezaan ideologi parti kita hormat dan menghormati.

“Selamat berkempen PRU 15. Agama, Bangsa, Negara,” tulis Adi di ruangan kapsyen.

Hantaran berbentuk video itu memaparkan video dan foto pelakon itu mengenakan baju sesebuah parti politik.

September lalu, Adi Putra juga telah diangkat menjadi ikon Pemuda BN Selangor. – XTRA

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *