Saya doa untuk KJ – Ismail Sabri

BATU PAHAT: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memang seorang pemimpin yang layak meerajui negara suatu masa nanti.

Perdana Menteri berkata, Khairy perlu memenangi pilihan raya dan mendapat sokongan majoriti parti terlebih dahulu sebelum dilantik memegang jawatan tersebut.

“Okay, memang (saya) doa untuk Khairy dan dia kata pun bukan sekarang, akan datang. Memang dia layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang.

“Kalau kita menang pilihan raya, dapat sokongan daripada parti, tentu sahaja Khairy antara seorang yang layak untuk menjadi Perdana Menteri suatu masa nanti,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi: Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang juga calon BN di Parlimen Ayer Hitam.

Malam tadi, Khairy Jamaluddin menyatakan buat pertama kali bahawa beliau bersedia memimpin UMNO dan menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti jika terus diberi mandat sebagai wakil rakyat oleh pengundi di Parlimen Sungai Buloh.

Kredit : Utusan

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *