Aset bersih milik Anwar Ibrahim bernilai RM11,178,667.80 setakat 30 Oktober lalu!

Putrajaya: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan aset bersih miliknya yang dianggarkan berjumlah RM11,178,667.80 setakat 31 Oktober lalu.

Pengisytiharan harta itu dimuat naik menerusi laman web calonkeadilan.org dengan surat perakuan bertarikh hari ini.

Berdasarkan semakan, Anwar memiliki aset hartanah dan kediaman bernilai RM10,350,000 membabitkan milikan tanah di Segambut Dalam; Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Mukim Bentong, Pahang dan Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan aset tunai dan simpanan berjumlah RM828,667.83.

Anwar turut mengisytiharkan pendapatan bulanannya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson sebanyak RM21,755.80.

Terdahulu Anwar mengesahkan beliau sudah membuat pengisytiharan harta sebagai syarat ditetapkan partinya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau menjelaskan, kelewatan berbuat demikian adalah kerana jadualnya padat.

Isnin lalu, aset bersih terkumpul membabitkan 80 calon PKR yang bertanding peringkat PRU-15 ini adalah melebihi RM354 juta, seperti yang disiarkan, calonkeadilan.org.

Bagaimanapun, ketika semakan dibuat, dokumen dalam format PDF untuk pengisytiharan harta milik Anwardan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, belum dimuat naik.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *