SPRITZER terima anugerah jenama terbaik dunia 2022-2023

KUALA LUMPUR 8 November 2022 – SPRITZER mengumumkan telah memenangi Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 untuk kategori air peringkat nasional, bagi kali kelapan berturut-turut.

Program pengiktirafan anugerah berprestij ini dianjurkan dan dinilaikan oleh Forum Penjenamaan Dunia.

Anugerah nasional telah disampaikan kepada Spritzer pada 3 November 2022 di Kensington Palace, London di mana edisi ke-15 Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 menyaksikan lebih daripada 3,500 jenama yang dicalonkan dari lebih 45 negara dalam pelbagai kategori di bawah tiga peringkat – global, serantau dan nasional, dengan hanya 250 jenama diisytiharkan sebagai pemenang.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, anugerah ini dinilai secara unik melalui tiga aliran, dengan setiap aliran menyumbang peratusan kepada jumlah skor. Penilaian jenama dan pengundian dalam talian awam masing-masing menyumbangkan 30 peratus dan penyelidikan pasaran pengguna pula menyumbangkan 40 peratus.

“Hanya satu anugerah nasional akan diberikan kepada jenama dari setiap kategori produk atau perkhidmatan dari negara peserta,” kata Spritzer.

Spritzer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengguna, pembekal, dan rakan perniagaan setia mereka atas sokongan selama ini.

Pihak pengurusan juga ingin merakamkan penghargaan kepada pekerja Spritzer yang bertungkus lumus untuk menjayakannya. Tidak dapat dinafikan, anugerah ini adalah salah satu pengiktirafan bagi kualiti air mineral semulajadi Spritzer

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *