Kerajaan usaha tambah baik keperluan peneroka Felda

KOTA BHARU: Pengiktirafan kerajaan yang bersetuju melantik warga belia Felda sebagai ahli lembaga pengarah membuka peluang buat peneroka mengutarakan penambahbaikan untuk penduduk di tanah rancangan itu.

Ketua Blok 18 Felda Chuping, Izan Asmawi Habidan berkata, usaha itu juga dapat membantu Felda untuk mendapatkan pandangan secara menyeluruh tentang keperluan di sesebuah tanah rancangan bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan peneroka.

Katanya, selain itu, usaha kerajaan yang mengubah dasar bagi lantikan ketua blok juga turut disambut baik dalam memastikan kemajuan di kawasan itu.

“Sebelum ini lantikan untuk ketua book hanya boleh dipegang oleh peneroka Felda sahaja namun langkah kerajaan yang mengubal dasar baharu itu telah membuka peluang untuk generasi kedua memegang jawatan dengan syarat mesti mendapat sokongan ahli,” katanya.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Februari lalu bersetuju melantik wakil belia Felda dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda bagi mengiktiraf golongan berkenaan.

Ismail Sabri berkata, pelantikan itu adalah bagi membolehkan belia FELDA dapat sama-sama bangunkan negara.

Dalam pada itu, Izan Asmawi berkata, usaha kerajaan memperluaskan Bantuan Musin Tengkujuh (BMT) dengan menaikkan kadar pemberian inisiatif itu juga amat membantu peneroka dalam menghadapi ketidaktentuan cuaca pada masa kini.

“Namun begitu, kami mengharapkan agar inisiatif ini dapat diperluaskan lagi kepada orang yang mengambil upah memandangkan mereka turut terkesan khususnya pada musim tengkujuh,” katanya.

Tambah Izan, peruntukan yang disediakan kerajaan bagi pelaksanaan lima inisiatif termasuk perumahan buat peneroka Felda telah membantu dalam memastikan projek-projek perumahan yang terbengkalai sebelum ini dapat disambung semula pembinaannya.

“Ada projek perumahan Felda yang tertangguh sejak 2013 dan langkah ini dapat memastikan peneroka dan generasi seterusnya mendapat peluang untuk memiliki kediaman sendiri,” katanya.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *