Jawatan Ketua SPRM dan Pengerusi SPR akan disaring jawatan kuasa khas Parlimen

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) merancang melaksanakan pelantikan jawatan utama negara seperti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui saringan jawatan kuasa khas Parlimen.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, melalui wakil rakyat di Parlimen, rakyat akan diberikan mandat untuk meneliti dan terlibat dalam tapisan pelantikan jawatan awam terpenting di negara ini.

Katanya lagi, BN nekad memastikan amalan politik di negara ini dihidupkan hanya dengan cara yang bertanggungjawab dan telus melalui penggubalan Akta Pendanaan Politik.

Beliau berkata demikian dalam pengumuman Manifesto BN hari ini. –UTUSAN

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *