Gol daripada Gabriel bolehkan Arsenal menang 1-0 ke atas Chelsea

London: Gol minit ke-63 di atas garisan gol daripada pertahanan Brazil, Gabriel membolehkan Arsenal menang 1-0 ke atas Chelsea di Stamford Bridge.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Arsenal kembali merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Gabriel yang menanti di garisan gol, menyambung hantaran Bukayo Saka dari sepakan sudut yang melepasi pertahanan Chelsea.

Arsenal, yang banyak memberi tekanan dan menggerakkan bola dengan laju, memiliki peluang lebih banyak dalam aksi tetangga London itu.

Bagaimanapun mereka gagal mengambil kelebihan apabila Gabriel Jesus, Gabriel Martinelli dan Ben White masing-masing tidak berupaya menemui gawang berdepan skuad kendalian Graham Potter.

Cubaan terbaik Chelsea ialah menerusi serangan balas pantas tetapi gagal disudahkan Kai Havertz, Pierre-Emerick Aubameyang dan Raheem Sterling.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *