Calon BN dan PN berkempen secara aman di Jerantut

 

JERANTUT – Calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi parti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di kawasan ini dilihat melakukan kempen bersama secara aman.

Tinjauan Utusan Timur mendapati calon-calon yang bertanding bagi kedua-dua parti itu akan beramah mesra antara satu sama lain apabila berkempen di kawasan yang sama.

Calon Parlimen BN, Datuk Zukarmi Abu Bakar, Khairil Nizam Khirudin (PN) bersama bekas Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris dilihat minum pagi bersama calon DUN Tahan iaitu Faizah Ishak (BN) dan Mohd Zakuan Ahmad Badarddin (PN) di sebuah kedai di Kuala Tembeling, di sini hari ini.

Kehadiran mereka turut disenangi oleh penyokong kedua-dua parti berkenaan dan senario ini wajar dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia bagi mengelak perpecahan antara kaum dan agama.

Fasal (kiri) dan Zuridan bergambar bersama di tapak pekan sehari Jerantut semalam.

Sementara itu, calon DUN Damak, Fasal Jamlus (BN) dan Zuridan Mohd Daud (PN) juga melakukan perkara yang sama ketika kedua-duanya turun berkempen di pekan sehari Jerantut semalam. – Utusan Timur

 

 

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *