Tidak puas hati soal upah pasang bendera parti politik, kekecohan telah berlaku!

BERA: Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan Triang, dekat sini semalam kecoh akibat rasa tidak puas hati soal upah memasang bendera parti politik.

Kejadian pada jam 1.30 tengah hari membabitkan pertengkaran antara dua individu di bilik mesyuarat parti di Triang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada isu pemasangan bendera parti.

“Pemasang bendera diugut oleh seorang lagi lelaki yang menggertak akan pulang ke rumahnya mengambil parang selepas tidak berpuas hati dengan mangsa.

“Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa tampil membuat laporan polis semalam,” katanya.

Susulan itu, Ramli memaklumkan, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kredit: Berita Harian

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *