PRU-15: Aktiviti berkempen terkawal di Kelantan

Kota Bharu: Proses kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang memasuki hari kedua, hari ini berjalan dengan lancar dan semua calon parti bertanding mematuhi peraturan berkempen ditetapkan.

Jurucakap Media PRU-15 Kontinjen Polis Kelantan, Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, sepanjang tempoh berkempen, sebanyak 33 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) PDRM Kelantan ditempatkan di semua daerah bagi memantau aktiviti politik.

“Sehingga 8 pagi tadi (semalam), sebanyak enam aktiviti ceramah dicatatkan dan kesemua aktiviti ceramah itu mematuhi peraturan Akta Pilihanraya.

“Malah, tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan berlaku sepanjang tempoh berkenaan, malah tahap keselamatan bagi Kelantan adalah aman dan terkawal,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, polis turut menasihatkan semua parti bertanding, kumpulan penyokong dan orang ramai supaya mengikuti segala peruntukan undang-undang ditetapkan.

“Ini membolehkan sepanjang tempoh berkempen berjalan dalam suasana aman dan harmoni,” katanya.

 

Kredit: Harian Metro

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *