Platform digital MyUndi lapor keputusan penuh dari semasa ke semasa!

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan pembubaran parlimen pada 10 Oktober 2022. Lantaran itu, Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia 2022, atau secara rasmi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 akan diadakan pada 19 November 2022 ini.

Pada edisi kali ini, kita bakal menyaksikan 222 kerusi parlimen dan sebanyak 117 kerusi negeri di Pahang, Perak, Perlis, dan Sabah akan dipilih untuk pilihan raya ini. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia boleh mengikuti dan mendapatkan segala info dan perkembangan terkini pilihan raya umum melalui portal myundi di www.myundi.com.my.

Portal sehenti yang telah dilancarkan oleh REV Media Group (“REV”) ini telah diperkenalkan sejak pilihan raya umum sejak tahun 2018. Portal ini menyalurkan berita-berita semasa, maklumat terkini berkaitan pilihan raya serta keputusan keseluruhan pilihan raya.

MyUndi adalah platform digital ‘all-in-one’ yang menyediakan penglibatan interaktif dengan statistik pilihan raya yang tepat. Bagi edisi kali ini, MyUndi memperkenalkan ciri baharu Suara Kita, yang memberi peluang untuk seluruh rakyat menyuarakan pendapat dan idea berkenaan kerajaan baharu yang bakal dipilih.

Rakyat Malaysia boleh pergi ke pautan www.myundi.com.my/suara-kita dan menjawab beberapa soalan ringkas lalu menyuarakan idea untuk masa depan Malaysia seterusnya kongsikan idea mereka di laman sosial.

Boleh diakses secara langsung selama 24 jam, orang ramai boleh memanfaatkan penggunaan myundi sepenuhnya bagi mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.

Orang ramai juga boleh melawat myundi untuk mendapatkan perkembangan terkini terutamanya pada 5 November untuk kemas kini penamaan calon dan pada malam 19 November untuk keputusan pilihan raya yang terpantas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November sebagai tarikh mengundi. Berikut merupakan antara tarikh-tarikh penting bagi pilihan raya umum ke-15:

05 November 2022 – Hari Penamaan Calon
15 November 2022 – Hari Pengundian Awal
19 November 2022 – Hari Pengundian

Portal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *